Boost Bank kini menawarkan perlindungan insurans mampu milik melalui kerjasama dengan Great Eastern General Insurance Malaysia, dengan pelan yang bermula serendah RM15.
Bank digital ini memperkenalkan tiga pelan utama iaitu TravelProtect untuk perlindungan perjalanan sehingga RM250,000, serta CoreProtect PA dan CommuteProtect yang masing-masing bermula dari RM25 setahun untuk perlindungan kemalangan diri serta perjalanan harian.
Pelanggan boleh melanggan pelan ini dengan mudah melalui bahagian Protect di dalam aplikasi Boost Bank. Menariknya, mereka yang mengambil mana-mana pelan perlindungan ini akan membuka akses kepada Protect Jar di bawah bahagian Special Jars. Ciri simpanan khas ini menawarkan kadar faedah 3.3% setahun yang dikira secara kompaun setiap hari, membolehkan pengguna menyimpan wang sambil dilindungi insurans.
Sebagai ganjaran tambahan untuk tempoh terhad, pelanggan yang membuat deposit ke dalam Protect Jar akan menerima pelan TravelProtect Lite PA secara percuma. Pelan tambahan ini merangkumi perlindungan terhadap kemalangan diri serta gangguan perjalanan terpilih seperti kelewatan jadual penerbangan. Pengguna yang memenuhi kriteria boleh mengaktifkan manfaat ini melalui tab Rewards dalam aplikasi tersebut mengikut terma yang ditetapkan.
Adanya akses ini ia tidak hanya mengalakkan lebih ramai penduduk negara untuk memiliki manfaat perlindungan diri namun demi memelihara kesejahteraan masa hadapan susulan Malaysia akan mempunyai lebih ramai masyarakat menua menjelang 2040.