Artikel

KPM Beri Cuti Tambahan Hari Raya 2026 – Kumpulan A Cuti 1 Hari, Kumpulan B Cuti 2 Hari

Setiap tahun untuk setiap musim perayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini memaklumkan pelaksanaan cuti tambahan kepada seluruh pelajar dan petugas KPM bersempena dengan sambutan Hari Raya 2026 bagi sesi akademik 2026/2027. Cuti tambahan ini untuk makluman terbahagi kepada dua kumpulan mengikut senarai negeri, ianya adalah:

Kumpulan A – Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu

  • 19 Mac 2026 (Khamis)

Kumpulan B – Sekolah di Putrajaya, KL, Labuan, Selangor, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka

  • 19 Mac 2026 (Khamis)
  • 20 Mac 2026 (Jumaat)

Peruntukan ini didasari dengan jangkaan tarikh sambutan Hari Raya 2026 yang dijangka jatuh pada 21 Mac dan 22 Mac 2026. Maka dengan makluman ini, diharap semua pihak penjaga, pelajar dan kakitangan KPM terlibat peka akan pelaksanaan ini bagi merancang perjalanan cuti perayaan yang lebih lancar.

Lebih menarik, warga sekolah turut akan menikmati Cuti Penggal yang disekalikan dengan cuti tambahan Aidilfitri. Di mana kumpulan A menikmati cuti penggal bermula 20 Mac sehingga 28 Mac dan Kumpulan B pula bermula 21 Mac sehingga 29 Mac. Ini bermakna secara menyeluruh, semua warga sekolah meraih 9 hari cuti tambahan.