Artikel

Malaysia Kini Miliki 7.5 Juta Pengguna BNPL, Beban Hutang Masih Terkawal – MOF

Memahami ramai pihak bimbang akan tekanan hutang dalam kalangan penduduk Malaysia khususnya pada penglibatan skim Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) – Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan situasi itu didorong seiring dengan pertumbuhan transaksi semasa yang kini mencapai 243 juta bersama nilai RM21.3 bilion.

Dengan rekod sedemikian, maka tidak hairanlah sekiranya berlaku pertambahan pada bilangan pengguna BNPL yang ketika ini mencatatkan seramai 7.5 juta pengguna setakat akhir 2025.

Tidak hanya pertumbuhan transaksi yang rancak, pertambahan jumlah penyedia perkhidmatan BNPL kepada 16 penyedia di pasaran semasa turut meningkatkan lagi kadar penyertaan pengguna Malaysia dalam arena BNPL secara berkala.

Tegas MOF pada notis Parlimen, pertambahan hutang BNPL ketika ini masih ditahap terkawal dengan sekitar RM160.2 juta (3.3%) pinjaman yang tidak berbayar berbanding jumlah pinjaman menyeluruh kini mencapai RM4.9 bilion.

Dan untuk mengukuhkan perlindungan pengguna, pihak kementerian kini telah mula menguatkuasakan Akta Kredit yang mengawalselia pemberian BNP, namun penguatkuasaan menyeluruh dijangka dapat direalisasikan pada 1 Jun 2026 ini.

Di bawah kerangka ini, semua penyedia BNPL diwajibkan mematuhi piawaian pelakuan yang ketat, termasuk melaksanakan penilaian kelayakan kredit dan kemampuan berhutang sebelum sesuatu pembiayaan diluluskan. Penyedia BNPL juga perlu memastikan terma urus niaga, caj dan fi yang telus, munasabah serta tidak membebankan pengguna, selaras dengan prinsip pemberian kredit secara bertanggungjawab.