Dewan Rakyat hari ini tidak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 – bagi tindakan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Situasi ini disebabkan RUU sedemikian gagal meraih sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, apabila hanya 146 ahli Parlimen menyokong manakala 32 ahli Parlimen pula tidak hadir dan 44 ahli Parlimen memilih berkecuali.
Disebabkan RUU ini tidak diluluskan, maka ia tidak dapat di bawa untuk bacaan kali ketiga bagi tindakan diluluskan secara menyeluruh. Ini bermakna, Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak dapat membentangkan ia pada hari Selasa iaitu 3 Mac seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Buat pengetahuan umum, sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurangnya 148 sokongan ahli Parlimen.