Sepertimana tahun lalu, Bank Islam kini kembali dengan ciri sedekah buat pengguna mereka pada aplikasi BIMB Mobile – yang mana semua pengguna boleh menjadualkan sumbangan sedekah mereka secara automatik di bawah kempen Jom Cari Lailatul Qadar.
Ciri ini untuk makluman akan membolehkan pengguna meraih 2 pilihan iaitu pengguna boleh memilih untuk laksana sedekah sepanjang Ramadan atau secara khusus seperti 10 malam terakhir Ramadan. Dan pada ciri tersebut, para pengguna akan diberi beberapa pilihan saluran pembayaran sedekah seperti ke masjid, rumah kebajikan, rumah anak yatim dan NGO.
Langkah proaktif Bank Islam ini bukan sekadar memudahkan urusan transaksi, malah ia menjadi solusi digital bagi mereka yang mempunyai kekangan masa namun tetap ingin memastikan amal jariah tidak terputus. Dengan ketetapan yang fleksibel dan telus, kempen ini secara tidak langsung menyuntik semangat buat para pengguna untuk terus istiqamah mengejar keberkatan Ramadan, sekali gus memperkasakan ekosistem bantu-membantu dalam kalangan komuniti dengan hanya di hujung jari.
