Ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran kini memasuki fasa kritikal susulan telah melumpuhkan sebahagian besar aliran udara global. Dan sekiranya isu ini berlarutan dengan penutupan seketika ruang udara antarabangsa maka industri penerbangan berisiko alami kerugian agregat yang mencecah lebih $1 bilion.
Gangguan yang disifatkan paling buruk sejak 2020 ini tidak hanya melibatkan isu pembatalan tiket bahkan syarikat penerbangan terpaksa menanggung beban kos operasi bulanan yang tinggi sekali gus mengancam pemulihan ekonomi sektor pelancongan.
Isu ini telah menyebabkan lebih 2,600 penerbangan telah dibatalkan dan kira-kira 19,000 jadual perjalanan telah alami kelewatan dieluruh dunia. Di hab utama Timur Tengah seperti Dubai dan Doha memperlihatkan hampir 40% daripada operasi harian terpaksa digantung kesan risiko keselamatan. Malah serangan ke atas infrastruktur lapangan terbang utama turut menyukarkan lagi ketersediaan pekhidmatan dengan mendorong syarikat penerbangan antarabangsa untuk mencari laluan alternatif lebih selamat dengan kos yang lebih tinggi.
Jelas laporan bersama Juwai IQI, setiap penerbangan jarak jauh memerlukan tambahan masa antara 1 hingga 2 jam dan situasi ini menuntut peningkatkan kos bahan api dan kakitangan yang mencapai $10,000 setiap penerbangan. Malah lonjakan kos insurans dan takaful juga turut berlaku kesan risiko peperangan dan kehilangan hasil daripada fi ruang udara oleh negara yang telibat dengan konflik.
Situasi ini sekali gus memberi tekanan kepada jenama penerbangan seperti Emirates, Lufthansa, dan Malaysia Airlines untuk bertindak agresif dalam menyusun semula strategi operasi mereka. Walaupun keselamatan penumpang kekal menjadi keutamaan, kesan domino daripada konflik ini dijangka akan menyebabkan kenaikan harga tiket pesawat dalam masa terdekat.