Bagi memastikan permintaan tinggi Aidilfitri dipenuhi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini mengumumkan penambahan 26 perjalanan tren bagi tempoh 17 Mac sehingga 29 Mac 2026 buat penumpang negara.
Langkah ini akan melibatkan operasi 18 perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan EMUPlus susulan tiket perkhidmatn sedia ada hampir habis terjual. Berdasarkan makluman tersebut 10 perjalanan tren ETS tamabahn telah mula dijual pada 1 Mac dan baki 16 perjalanan pula akan diumumkan dalam masa terdekat.
Dengan sokongan sedemikian ini bermakna sejumlah 285,714 tempat duduk melibatkan 70 perjalanan sehari dengan purata 21,978 tempat duduk sehari disediakan buat penumpang bagi menampung lonjakan permintaan ketika musim perayaan ini bersama KTMB.