Artikel

KWSP Isytihar 6.15% Dividen 2025 – Bagi Konvensional Dan Syariah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini secara rasminya mengisytiharkan kadar dividen 2025 sebanyak 6.15% bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah.

Jumlah agihan keseluruhan ini untuk makluman melibatkan sebanyak RM79.6 bilion. KWSP mengakui paras ini adalah lebih rendah berbanding tahun lalu dan menjelaskan komitmen untuk terus menumpukan usaha dalam meningkatkan nilai simpanan ahli secara mampan dan menyokong perancangan persaraan mereka.

Ini carta Dividen KWSP berlandaskan rekod pengagihan tahun sebelumnya: