Di bawah penilaian program Smart Tech Up, sejumlah 115 syarikat dimaklumkan akan meraih status kilang pintar pada akhir 2026 ini.
Perolehan iu menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) didasari berasaskan keupayaan teknologi dan kesiapsiagaan digital yang dipamerkan pada operasi pengeluaran. Setakat Jauari 2026, sebanyak 30 kilang telah dikenalpasti sebagai kilang pintar manakala 71 daripada 241 syarikat yang mendaftar masih sedang menjalani penilaian berhubung perolehan status tersebut.
Di bawah inisiatif, syariakt yang terlibat akan meraih bimbingan, penilaian, latihan, teknologi dan pembiayaan untuk meningkatkan produktiviti, kualiti produk serta daya saing syarikat di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Dengan sokongan tersebut, usaha ini tidak hanya merealisasikan matlamat Malaysia untuk memacu sektor berpendapatan tinggi bahkan turut memacu penggunaan teknologi automasi dalam hab ekonomi strategik bagi meningkatkan daya saing global dan produktiviti Malaysia secara berkala.