Artikel

Gongxi Raya Kongsi Sukses: Lazada Himpunkan 100 Rakan E-Dagang Buka Tirai Jualan Riang Bersama 3.3

Ekonomi digital Malaysia kini memacu kepesatan luar biasa di Asia Tenggara dengan nilai mencecah AS$39 bilion, namun kunci utama pertumbuhannya bukan sekadar pada angka, tetapi pada kepercayaan pengguna. Selari dengan inisiatif Gongxi Raya, Kongsi Sukses, Lazada Malaysia kini menekankan masa depan e-dagang pada tahun 2026 bergantung kepada ekosistem yang telus antara platform, jenama, dan pencipta kandungan.

Fokus kini beralih daripada sekadar promosi harga murah kepada penyediaan persekitaran beli-belah yang selamat melalui LazMall untuk memastikan setiap transaksi adalah tulen dan berkualiti.

Dengan menghimpunkan sekitar 100 pencipta kandungan digital, rakan usahawan tempatan, dan wakil jenama bagi membincangkan kepentingan kredibiliti dalam dunia digital. Lazada melihat kumpulan ini menjadi penghubung bersama pengguna dengan maklumat produk yang tepat, sekali gus membantu orang ramai membuat keputusan pembelian yang lebih bijak dan berinformasi.

Adanya pemahaman yang jelas, kelebihan ini membantu Lazada mengurangkan risiko penipuan atau barangan yang mengelirukan, manakala keyakinan pengguna untuk terus berbelanja dalam talian semakin diperkukuh demi kelestarian ekonomi digital negara.

Jenama tempatan dan antarabangsa seperti Christy Ng dan Jean Perry turut hadir pada sesi perkongsian Gongxi Raya Kongsi Sukses ini turut menzahirkan konsistensi dan hubungan telus bersama pengguna adalah asas kekuatan perniagaan masa kini. Melalui kerjasama strategik dengan Lazada, jenama-jenama ini dapat meluaskan capaian mereka sambil memberikan jaminan ketenangan minda kepada pembeli menerusi kedai rasmi yang disahkan. Gabungan antara kualiti produk dan platform yang stabil membolehkan usahawan tempatan terus bersaing dan berkembang dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar dan pantas berubah.

Sebagai pelengkap kepada visi ini, kempen jualan seperti Riang Bersama 3.3 hadir bukan sahaja dengan tawaran diskaun sehingga 90%, tetapi dengan perlindungan pembelian yang lebih padu. Pengguna digalakkan untuk lebih cermat dengan menyemak penilaian penjual dan label ketulenan sebelum membuat bayaran bagi mengelakkan kerugian. Secara keseluruhannya, hala tuju Lazada bagi tahun 2026 adalah untuk membina komuniti beli-belah yang bukan sahaja aktif, malah lebih matang, berilmu, dan yakin dalam setiap klik pembelian yang dilakukan.