Bagi menangani isu kenderaan terbiar di kawasan perumahan strata, kerajaan kini bercadang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi meluaskan skop penguatkuasaan ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ini kerana isu tersebut dilihat terus meningkat, diikuti had penguatkuasaan PBT dalam menyelesaikan isu tersebut memerlukan sokongan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi tindakan lanjut.
Setakat ini menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) usul tersebut sedang diteliti di bawah libat urus bersama Kementerian Pengangkutan, JPJ, PDRM, Jabatan Alam Sekitar dan PBT terlibat.
Selain meminda akta sedemikian, terdapat juga langkah lain dapat dimanfaat menerusi seksyen Akta 333 sebagai instrumen tambahan – membolehkan pelupusan kenderaan dilaksana tanpa melalui proses mahkamah yang panjang diikuti pewujudan medium pelupusan kenderaan secara sukarela pada sistem e-Dereg. Langkah itu dilihat lebih lestari selain menjadi alternatif yang lebih cekap bersama pengguna negara.
Kawasan perumahan strata merujuk kepada kepada satu bentuk pemilikan hartanah di mana pengguna memiliki unit kediaman sendiri, namun berkongsi pemilikan dan tanggungjawab terhadap kawasan serta kemudahan di sekelilingnya bersama komuniti kediaman.