Maybank terus menempa prestasi yang membrangsangkan pada pasaran tempatan apabila tahun 2025 berjaya merekodkan keuntungan bersih RM10.51 bilion, iaitu meningkat 4.2% berbanding tahun 2024.
Peningkatan ini jelas laporan kumpulan didorong akan pertumbuhan pendapatan yang stabil, pengurusan kos yang lebih berdisplin serta kualiti aset yang berdaya saing. Sebagai perincian, prestasi tersebut turut memaparkan peningkatan pada pendapatan operasi bersih kepada RM30.38 bilion, pendapatan berasaskan dana bersih (RM20.23 bilion) dan keuntungan operasi juga meningkat kepada RM15.54 bilion.
Biarpun meraih kemajuan tersebut, rekod perolehan menyeluruh Maybank pada 2025 diperhatikan alami penyusutan kecil berbanding tahun sebelumnya dengan catatan RM66.37 bilion.