Artikel

Tawaran Pekerjaan Di Malaysia Meningkat, Lebih 45% Tertumpu Pada Kategori Profesional

Penawaran pekerjaan di pasaran Malaysia terus memaparkan lonjakan dengan peningkatan 7.1%  pada suku kedua 2025 – dengan melibatkan jumlah 281,736 jawatan kosong diiklankan secara atas talian. 

Peningkatan ini jelas tinjauan Jabatan Perangkaan (DOSM) didorong berikutan lebih ramai majikan mula meluaskan kapasiti jumlah tenaga kerja mereka. Dengan penyertaan sekitar 57,666 syarikat berbanding 53,441 syarikat sebelum ini. Lebih menarik sekitar 45.8% penawaran pekerjaan tertumpu pada kategori profesional. 

Sementara berdasarkan taburan sektor pula, Perkhidmatan terus mendominasi penawaran pekerjaan dengan 167,274 kekosongan (64.7%) diikuti segemen Profesional, Saintifik dan Teknikal (26,441 kekosongan), Pentadbiran dan Khidmat Sokongan (25,673 kekosongan), Kewangan dan Insurans/Takaful (22,266 kekosongan) dan Pembuatan (20,816 kekosongan).