Artikel

54.4% Penduduk Dewasa Malaysia Berdepan Isu Berat Badan Berlebihan, Obesiti

Sektor kesihatan Malaysia kini digesa untuk menambahbaik struktur dasar dan persekitaran makanan negara – tuntutan ini didasari akan fenomena semasa yang memaparkan sekitar 54.4% penduduk dewasa di Malaysia iaitu berusia 18 tahun ke atas didapati berdepan isu obesiti dan berat badan berlebihan.

Angka ini berpotensi lebih tinggi susulan peratusan sedemikian melibatkan data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023. Yang mana data ini turut memperincikan sekitar 29.2% penduduk dewasa menghadapai hipertensi, 33.3% pula kolestrol tinggi dan 15.6% menghidap diabetes mellitus.

Dengan data tersebut jelas laporan Jawatankuasa Pilihan Kesihatan pada sidang Parlimen, persekitaran ini secara berkala tidak hanya memberi kesan kepada faktor kesihatan semata tetapi turut memberi impak kepada produktiviti, ekonomi dan masa hadapan generasi Malaysia.

Lebih membimbangkan keadaan itu membawa kepada peningkatan dalan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit kronik yang lain. Setakat ini hampir 2.3 juta penduduk dewasa dijelaskan hidup dengan 3 NCD serentak yang sekali gus menjejaskan kualiti produktiviti mereka dan kehidupan peribadi.

Ini statistik isu yang digariskan:

  • Hampir 1 daripada 4 orang dewasa berdepan isu obesiti
  • 30.5% penduduk berdepan isu berlebihan berat badan
  • Isu obesiti dan berlebihan berat badan menjangkaui paras 54.4%
  • Obesiti Abdomen iaitu isu buncit – sekitar 52.1% orang dewasa alami masalah ukur lilit pinggang lebihi paras normal.