Seni Jaya, antara pemain utama pada industri media pengiklanan luar di Malaysia (OOH) dan digital (DOOH) – kini mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi suku kedua 2026 yang berakhir 31 Disember 2025. Dengan meraih keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM5.1 juta bersama perolehan pendapatan meningkat 19% tahun ke tahun kepada RM22.8 juta.
Momentum pertumbuhan ini didorong oleh permintaan yang lebih kukuh terhadap pengiklanan papan iklan di lokasi-lokasi strategik serta pelaksanaan strategi operasi yang lebih cekap dan berdisiplin.
Lebih menarik, peningkatan ini jelas Seni Jaya turut didorong akan tindakan mengoptimumkan penggunaan aset sedia ada seiring dengan pemulihan sentimen pasaran pengiklanan di seluruh negara. Memahami permintaan pengiklanan terus berdaya saing – pada prospek hadapan menerusi perluasan jenama bersama Unilink Group, Vision OOH, dan Ganad Media, Seni Jaya optimis menaik taraf aset termasuk menukar papan iklan statik kepada digital. Komitmen ini penting untuk mengekalkan pertumbuhan mampan operasi melalui rangkaian inventori premium yang lebih luas di kawasan bandar dan transit utama di Malaysia.