Bank Negara Malaysia (BNM) kini memaklumkan pihaknya telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,025,000 terhadap KAF Investment Bank – susulan kegagalan mematuhi aturan di bawah seksyen 214(6) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK 2013).
Kompaun ini dikenakan disebabkan kegagalan KAF IB meneliti kelulusan BNM sebelum melaksanakan transaksi yang melibatkan aset mata wang asing oleh individu pemastautin yang mempunyai Pinjaman Domestik dalam Ringgit (DRB) melebihi had yang dibenarkan.
Namun setelah kesalahan dikesan, KAF IB telah mengambil langkah pemulihan dengan mewujudkan dan melaksanakan dasar serta prosedur dalaman untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan Dasar Pertukaran Asing (Foreign Exchange Policy, FEP).
Di mana pada 29 Januari 2026, BNM menjelaskan KAF IB telah membayar kompaun yang dikenakan sebanyak RM1,025,000.
Selain KAF IB – BNM turut mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) antara RM1,500 hingga RM2,000 terhadap 13 pemegang lesen Perniagaan Perkhidmatan Wang berikutan kegagalan untuk memenuhi keperluan dana modal minimum. AMP ini dijelaskan masing-masing dikenakan antara bulan Julai hingga Disember 2025.