Artikel

Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Berdaya Tahan – Pada Suku Kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka terus berdaya tahan menjelang suku kedua 2026, dipacu oleh unjuran kukuh Indeks Pelapor (IP) bagi tempoh 6 bulan akan datang. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), keyakinan ini disokong oleh pertumbuhan sektor ekonomi baharu yang progresif. Selain itu, momentum ini bakal diperkukuhkan lagi dengan inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dijangka merancakkan sektor pelancongan dan perniagaan tempatan secara menyeluruh.

Kedudukan ini jelas DOSM akan merangsang perniagaan tempatan, sektor pelancongan dan aktiviti ekonomi lain secara tidak langsung. Selain memiliki keyakinan pada pertumbuhan mendatang, berdasarkan penilaian ekonomi semasa di bawah pengukuran Indeks Serentak (IS) – ekonomi Malaysia turut disasar berupaya mengekalkan momentum positifnya.

Prestasi sedemikian didorong oleh peningkatan konsisten merentasi hampir kesemua komponen utama. Antara faktor pemangkin terbesar ialah lonjakan Nilai Caruman Benar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meningkat sebanyak 9.6%, sekali gus mencerminkan kestabilan pasaran buruh dan pendapatan pekerja di sektor swasta.

Meskipun prestasi keseluruhan kekal stabil, pertumbuhan bulanan IS memperlihatkan penyusutan marginal sebanyak 0.02%. Unjuran kecil ini dikesan berpunca daripada penguncupan dalam sektor pengeluaran dan penggunaan, khususnya bagi Kapasiti Penggunaan Pembuatan serta Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit yang masing-masing mencatatkan bacaan negatif 0.1%. Tetapi disebalik ketidaktentuan jangka pendek ini, asas ekonomi Malaysia dilihat kekal teguh dan berada pada landasan yang tepat untuk meneruskan momentum pertumbuhan yang mampan pada pasaran hadapan.