Telekom Malaysia Berhad kini mencatatkan keuntungan bersih RM1.71 bilion bagi 2025, yang mana rekod ini menunjukkan berlakunya kemerosotan sebanyak 15.35% berbanding RM2.02 bilion yang diraih pada tahun 2024.
Penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor teknikal perakaunan, terutamanya ketiadaan kredit cukai one-off yang pernah dinikmati syarikat pada 2024. Selain itu, keuntungan turut terkesan oleh peningkatan kos operasi, termasuk perbelanjaan berkaitan Skim Pemisahan Sukarela kakitangan dan kos perkongsian rangkaian mudah alih yang lebih tinggi bagi menyokong perkhidmatan 5G.
Di sebalik penurunan keuntungan bersih, prestasi hasil kumpulan sebenarnya menunjukkan daya tahan yang baik dengan peningkatan kepada RM11.87 bilion. Pertumbuhan ini jelas laporan dipacu oleh segmen pengguna yang melonjak 25.6% hasil permintaan tinggi. Namun segmen perniagaan (B2B) pula mencatatkan sedikit penyusutan sebanyak 2.7% berikutan langkah pengoptimuman kos oleh pelanggan korporat dalam persekitaran ekonomi mencabar.