Artikel

PakarPest, Kamal & Kamal Pest Control Jalin Kerjasama Strategik – Perluas Khidmat Kawalan Perosak Di Malaysia

Selaras dengan matlamat mengukuhkan khidmat kawalan perosak di Malaysia dan memenuhi permintaan domestik yang kian meningkat dalam sektor kediaman, komersial, dan industri – PakarPest kini mengumumkan jalinan strategik bersama Kamal & Kamal Pest Control bagi meluaskan inisiatif khidmat tersebut di pasaran semasa.

Kerjasama ini menyaksikan integrasi antara dua kekuatan utama dalam arena semasa dengan PakarPest bertindak sebagai pemacu permintaan menerusi platform digital dan sistem pengurusan projek, manakala Kamal & Kamal sebagai penyedia kepakaran teknikal. Sinergi ini bertujuan untuk mewujudkan ekosistem perkhidmatan yang lebih responsif, sekali gus membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan di seluruh negara.

Melalui kesepakatan itu, ia membolehkan kedua-dua entiti mencapai perluasan jangkauan operasi ke lokasi strategik di samping memanfaatkan pertumbuhan industri kawalan perosak di Asia yang dijangka berkembang pada kadar 8.7% setahun sehingga 2030 kelak. Dengan menggabungkan kepakaran pengurusan dan pengalaman lapangan yang luas, kerjasama ini dijangka mampu meningkatkan kecekapan pengurusan sumber tenaga kerja serta mengoptimumkan kos operasional bagi setiap projek yang dilaksanakan kelak.