Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memaklumkan pengumuman kadar dividen bagi tahun 2025 akan dilaksanakan pada Sabtu ini, iaitu 28 Februari 2026.
Makluman ini didasari akan taklimat media yang dikeluarkan KWSP pada perincian pengisytiharan dividen kepada rakan media. Selaras dengan makluman itu, pengagihan dividen KWSP kali ini dijangka merekodkan paras yang lebih tinggi sekitar 6.30% hingga 6.50%.
Ramalan itu susulan mengambilkira prestasi positif yang dipamerkan KWSP dalam tempoh 9 bulan pada 2025. Iaitu berjaya merekodkan perkembangan positif dengan memiliki seramai 16.52 juta ahli pencarum bersama kutipan pendapatan pelaburan mencapai RM63.99 bilion.
Prestasi ini merupakan lonjakan 11% berbanding tempoh yang sama pada 2024. Lebih menarik sekiranya rekod dividen kali ini melebihi 6.30% ini menjadikan ia sebagai catatan tertinggi sejak 2017.
