Artikel

Maybank, TNB Electron Jalin Kerjasama Strategik Perluas Rangkaian Pengecasan EV

Dengan memiliki lebih 260 titik pengecas kenderaan elektrik (EV) di pasaran Malaysia – TNB Electron, cabang infrastruktur pengecasan EV TNB kini melaksanakan kerjasama strategik dengan Maybank di bawah program rintis pengecasan EV.

Kerjasama ini akan memperlihatkan Maybank dan TNB Electron meneroka peluang pemasangan kemudahan pengecasan EC di cawangan terpilih Maybank di seluruh Semenanjung Malaysia – khususnya lokasi stretegik dalam mengukuhkan pertumbuhan ekosistem EV di negara.

Dengan penyediaan kemudahan itu, ia sekali gus mengalakkan peralihan pengguna kepada mobiliti yang lebih lestari. Dan menariknya, setakat ini penggunaan EV di Malaysia telah memaparkan pertumbuhan yang kukuh susulan penyertaan meningkat 106% secara tahunan – yang dipacu permintaan di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Berdasarkan pelancaran titik pengecas TNB Electron di Maybank Academy, Bangi hari ini – ia dilihat sebagai simbolik Maybank  pada komitmen kelestarian mereka selari dengan Rangka Kerja Pembiayaan Peralihan TNB dalam menyokong pembangunan ekonomi rendah karbon.