Seperti yang umum ketahui, kerajaan telah melaksanakan penangguhan semakan kenaikan kadar tol bagi tahun 2026. Namun Kementerian Kerja Raya (KKR) menjelaskan bahawa tempoh pembekuan tersebut adalah tertakluk sepenuhnya kepada keputusan Jemaah Menteri dan bukannya kuasa KKR semata-mata.
Menurut KKR, sebarang ketetapan akhir tempoh pembekuan tersebut perlu mengambil kira impak kewangan negara serta penjajaran dasar semasa negara. Ini kerana berdasarkan garis masa kontrak asal, semakan semula kadar tol adalah wajar dilaksanakan namun kerajaan memilih untuk meminta syarikat konsesi terlibat menangguhkannya bagi melandaikan tekanan kos sara hidup rakyat.
Dengan langkah ini, ia bermakna kerajaan kekal memikul tanggungjawab menanggung kos pampasan yang sepatutnya dibayar oleh pengguna melibatkan 10 lebuh raya utama di seluruh Malaysia.