Jika tahun 2024 kumpulan merekodkan nilai rugi bersih sekitar RM202.67 juta, tahun 2025 memaparkan prestasi Pos Malaysia terus berdepan tekanan tinggi pada persaingan kurier susulan mencatatkan kerugian bersih RM209.26 juta. Lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Kedudukan ini jelas Pos Malaysia pada makluman Bursa Malaysia, didorong hasil kumpulan yang lebih rendah diikuti sebahagian besar kos operasi tertumpu pada tindakan penyelenggaraan, kos pembaikan dan penyelenggaraan utama kapal-kapal semasa yang berada di dok kering.
Penurunan keuntungan ini juga berlaku kesan peningkatan kerugian daripada segmen kedai perniagaan runcit yang berdepan kos operasi lebih tinggi. Persekitaran ini sekali gus membawa kepada kemerosotan pendapatan Pos Malaysia kepada RM1.84 bilion.
Secara keseluruhan, biarpun segmen kurier dan runcit menunjukkan pertumbuhan positif – prestasi segmen logistik pada 2025 terjejas akibat kekangan kapasiti kargo dalam pasaran yang kompetitif. Namun, Pos Malaysia kekal optimis bahawa keupayaan operasinya masih utuh dan berpotensi untuk bertambah baik, didorong oleh peningkatan kecekapan operasi yang kini memperlihatkan momentum pemulihan.