Artikel

Kriteria Ijazah Kelas Pertama IPTA, IPTS Akan Diselaraskan – Dibentang Mei Ini

Kerajaan kini dalam usaha memperkenalkan garis panduan baharu – iaitu menyeragamkan penganugerahan Ijazah Kelas Pertama di semua institusi pengajian tinggi di dalam Malaysia. 

Tindakan ini menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada laporan penting dalam mewujudkan piawaian penilaian yang sama antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Terutamanya pada isu pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk graduan yang meraih Ijazah Kelas Pertama.

KPT akui cabaran semasa adalah bagaimana kumpulan pelaksana mengukur tahap prestasi berdasarkan IPTS yang terlibat – untuk memastikan kelayakan dan tahap perolehan kelas tersebut saksama tanpa menimbulkan sebarang isu berbangkit kelak.

Setakat ini Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah diminta untuk membuat penilaian menyeluruh bagi memastikan tiada diskriminasi ke atas pelajar IPTS, termasuklah kumpulan keluarga pendapatan rendah yang memaparkan prestasi cemerlang pada rangka kriteria perolehan Ijazah Kelas Pertama tersebut. Dan menerusi komitmen itu, satu garis panduan khusus bagi menyeragamkan definisi dan kriteria Ijazah Kelas Pertama di seluruh IPT akan dibentangkan kepada Majlis MQA sebelum dikemukakan kepada KPT untuk keputusan lanjut.