Artikel

Pulau Pinang Naik Taraf 10 Projek Warisan UNESCO – Bersama Peruntukan RM4.3 Juta

Pulau Pinang melalui agensi pelaksana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) kini memulakan kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf di 10 tapak warisan utama dalam zon UNESCO George Town.

Projek penambahbaikan kualiti ini untuk makluman melibatkan mercu tanda ikonik seperti Menara Jam Memorial Queen Victoria, lorong belakang antara Lebuh Carnarvon dan Lebuh Melayu, Lebuh Armenian, Rumah Agam Syed Al-Attas, serta Hab Artisan.

Buat pengetahuan umum peruntukan ini disalurkan berdasarkan kriteria ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Warisan Negara serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Dan dijelaskan kerja-kerja pemuliharaan ini disasarkan siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun, iaitu menjelang awal 2028.