Artikel

AirBorneo, IBM Malaysia Umum Kerjasama – Perkasa Operasi Penerbangan Berteras AI

Selari dengan langkah komersial pada 2026, AirBorneo syarikat penerbangan Sarawak kini memaklumkan kerjasama strategik dengan IBM Malaysia. Kolaborasi ini memfokuskan kepada pembangunan penyelesaian data dan automasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh persediaan digital syarikat tersebut.

Usaha ini jelas IBM bermatlamat membentuk sebuah syarikat penerbangan yang lebih cekap dan kompetitif. Melalui sokongan operasi yang berteraskan pembuatan keputusan berasaskan data, AirBorneo menyasarkan peningkatan kualiti perkhidmatan sekali gus memberikan pengalaman perjalanan yang lebih unggul buat para pengguna.

Menerusi kesepakatan ini, AirBorneo akan melaksanakan integrasi hibrid IBM bagi mengautomasikan serta menghubungkan pelbagai proses perniagaan yang kompleks. Langkah ini penting untuk menyelaraskan aplikasi dan aliran data kritikal agar dapat beroperasi secara lancar di seluruh ekosistem penerbangan mereka.