Seperti yang diketahui peperiksaan Tahun 4 dan Tingkatan 3 yang dikenali sebagai Matriks Pembelajaran akan diperkenalkan pada sistem pendidikan semasa – untuk fasa awal, Matriks Pembelajaran Tahun 4 kini diumumkan akan mula dilaksana pada Oktober 2026 ini.
Makluman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada sidang Dewan Negara hari ini menjelaskan penilaian itu akan dikendalikan secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan (LP) termasuklah penyediaan instrumen, panduan penskoran dan slip keputusan.
Penilaian ini secara langsung akan membantu kumpulan guru dan KPM untuk merangka langkah penambahbaikan bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar meliputi penguasaan literasi, numerasi dan kemahiran saintifik. Untuk makluman penilaian ini akan mengfokuskan kepada 4 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sains serta Bahasa Cina dan Tamil mengikut teras Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Langkah ini bertujuan untuk menilai penguasaan dan prestasi pelajar secara berkala.