Artikel

Bayaran Balik Lebihan Cukai 2023 Disasar Selesai Februari Ini, RM6.2 Bilion Telah Lunas – MOF

Sehingga 18 Februari lalu, sejumlah RM6.2 bilion bayaran balik lebihan cukai bagi tahun taksiran 2023 telah diselesaikan melibatkan 95,282 kes. 

Perkembangan ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada notis Parlimen dilihat satu kemajuan positif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), memandangkan isu bayaran balik tersebut berjaya dimuktamadkan pada bulan ini. Tempoh penyelesaian tersebut adalah jauh lebih pantas berbanding sasaran asal yang ditetapkan sebelum ini, iaitu pada suku pertama tahun 2026.

Dalam pada itu, MOF turut memberikan jaminan bagi baki urusan percukaian yang masih berjalan. Pihak kementerian menjangkakan isu bayaran balik lebihan cukai bagi tahun 2024 juga dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum menjelang akhir tahun ini bagi memastikan kelancaran aliran tunai pembayar cukai.