Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) membatalkan tarif import yang diperkenalkan pentadbiran Donald Trump pada minggu lalu – kerajaan Malaysia kini mengambil pendekatan, untuk menyemak dan membincangkan isu tersebut bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada jumaat ini.
Perihal itu menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada laporan, perlu diteliti dengan rapi bagi menentukan pendirian dan langkah susulan Malaysia dalam arena perdagangan bersama AS.
Buat pengetahuan umum, biarpun Malaysia telah mencapai persetujuan perjanjian timbal balas bersama AS pada 2025 namun Persekutuan masih belum meratifikasi perjanjian tersebut. Selaras dengan fasa itu, MITI akan bertanggungjawab melaksanakan semakan, analisis kos serta manfaat bagi memastikan kepentingan ekonomi negara kekal dilindungi dan tidak terjejas.
Pembatalan tarif AS ini disifatkan sebagai tidak berpelembagaan dan telah melampaui kuasa Trump di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) susulan pengenaan tarif secara meluas. Dan kesan pembatalan tersebut, Trump kini mengenakan caj tarif sementara ke atas seluruh pasaran dunia pada kadar 10% sebagai langkah menutup jurang impak pembatalan. Dengan mengaktifkan peruntukan di bawah Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 yang membenarkan beliau menaikkan kadar tersebut sehingga 15% secara unilateral.
Langkah ini diambil atas alasan untuk menangani defisit imbangan pembayaran AS yang dimaklumkan kritikal kesan pasca-keputusan mahkamah. Penggunaan angka 15% ini adalah strategik kerana ia merupakan had siling undang-undang maksimum yang dibenarkan oleh Kongres AS tanpa memerlukan pengisytiharan darurat baharu yang boleh dicabar semula di mahkamah.