Kemiskinan bukan sahaja berkait rapat dengan aspek kewangan sahaja, tetapi turut meliputi pendidikan, kesihatan, taraf hidup, sosial dan perkembangan teknologi yang mempengaruhi kehidupan individu dan komuniti. Berdasarkan tumpuan itu, ternyata isu kemiskinan di Malaysia pada 2024 telah alami penurunan yang positif.
Data Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi Malaysia (MPI) 2024 di bawah Jabatan Perangkaan (DOSM) ini menunjukkan indeks tersebut telah menurun kepada 0.0025 mata berbanding sebelum ini 0.0037 mata – mencerminkan pengurangan berterusan dalam aspek ketersisihan bukan kewangan berjaya dicapai oleh negara secara berkala.
Namun perlu diakui, MPI di kawasan luar bandar terus di paras yang tinggi walaupun terdapat penambahbaikan dengan skor 0.0109 mata. Dan berdasarkan taburan negeri, Sarawak dan Sabah menjadi negeri yang tertinggi merekodkan isi rumah miskin pelbagai dimensi.
Sementara negeri Kelantan pula memaparkan penambahbaikan menyeluruh melibatkan tumpuan isi rumah miskin dan skor ketersisihan.
