Meta kini dilaporkan telah bertindak mengurangkan agihan tahunan pemberian ekuiti kumpulan sebanyak 5% ke atas sebahagian besar kakitangannya. Tindakan ini antara lain susulan tumpuan kumpulan pada pelaburan berbilion dolar dalam arena kecerdasan buatan (AI).
Tindakan pengurangan pemberian saham kepada pekerja ini untuk makluman merupakan kali kedua dilakukan dengan tahun 2025 sekitar 10% pengurangan pemberian saham dilaksanakan.
Seperti yang umum ketahui, Meta bersama syarikat teknologi yang lain kini sedang bersaing hebat dalam membina pusat data yang besar untuk menerajui cabang AI di pasaran global. Setakat Januari sahaja, Meta telah menyatakan komitmen perbelanjaan modal sehingga $135 bilion bagi tahun 2026.