Artikel

Inflasi Malaysia Kekal 1.6% – Namun Kos Makanan Tinggi Di Semua Negeri, Kecuali Kelantan

Inflasi Malaysia bagi Januari 2026 diperhatikan kekal terkawal apabila memaparkan kadar peningkatan yang sama sepertimana yang direkodkan pada Disember 2025 lalu – iaitu 1.6%.

Biarpun masih di paras yang sama, data Jabatan Perangkaan (DOSM) ini memperincikan secara bulanan inflasi Januari 2026 memaparkan peningkatan kecil 0.1% berbanding Disember 2025. Kedudukan ini didorong impak tekanan kos pada Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (1,0%), Pendidikan (0.7%), Restoran & Perkhidmatan Penginapan (0.3%) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api lain (0.3%).

Selain itu segmen Makanan dan Minuman, Kesihatan dan Rekreasi Sukan & Kebudayaan turut meningkat 0.2%.

Dan berdasarkan perbandingan mengikut rekod bulan, didapati Januari 2026 memperlihat sekitar 156 item makanan (63.2%) daripada 272 item Makanan menyeluruh telah alami kenaikan harga berbanding Januari 2025. Rekod ini membawa kepada peningkatan kos pada segmen Makanan di Rumah (0.6%) namun lebih rendah pada segmen Makanan di Luar Rumah (2.5%).

Sementara mengikut taburan negeri pula, kesemua negeri dijelaskan berdepan peningkatan inflasi Makanan dan Minuman kecuali Kelantan (-0.3%) dengan 5 negeri merekodkan inflasi Makanan dan Minuman yang lebih tinggi iaitu Negeri Sembilan (2.0%), Pahang (2.6%), Johor (2.5%), KL (2.0%) dan Melaka (1.7%).