Pertimbangan menaikkan cukai eksais tembakau di Malaysia dilihat menjadi antara keperluan yang wajar diteliti – ia tidak sekadar membantu mengurangkan tabiat merokok tetapi turut mengukuhkan lagi penguatkuasaa menyeluruh pada pasaran negara.
Cadangan ini menurut Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), adalah antara instrumen dasar kesihatan awam yang paling berkesan untuk dilaksanakan. Dengan pelarasan naik cukai eksais usaha ini akan membawa kepada kenaikan harga di pasaran semasa – yang sekali gus akan membantu mengurangkan kadar permulaan tabiat merokok kalangan orang muda dan menggalakkan perokok sedia ada untuk berhenti secara berperingkat.
Buat pengetahuan umum, cukai produk tembakau diperhatikan tidak alami peningkatan sejak November 2015 lagi. Maka semakan semula dasar fiskal ini adalah relevan bagi mencapai matlamat Malaysia untuk penamatan produk merokok menjelang 2045.