Bermula 19 Februari ini perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Prasarana akan alami perubahan waktu puncak perkhidmatan – iaitu operasi tersebut akan alami waktu puncak 30 minit lebih awal berbanding rutin perjalanan harian biasa.
Perubahan ini jelas notis Prasarana – akan dilaksanakan sepanjang Ramadan 2026. Di mana waktu puncak bagi perkhidmatan rel ketika pagi akan bermula pada jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi. Sementara waktu puncak petang pula akan bermula pada jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam.
Berbeza pula dengan perkhidmatan bas Prasarana dengan waktu puncak pagi bermula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 pagi.
Berikutan pelarasan waktu puncak lebih awal ini, para penumpang berkaitan disarankan untuk merancang perjalanan anda untuk menghindari sebarang isu kesesakan kelak. Ini perincian masa perubahan tersebut.
