Artikel

KWSP Dijangka Umum Dividen Lebih Tinggi – Sehingga 6.5%

Jika tahun lalu, agihan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencapai paras tertinggi sejak 2017 dengan agihan 6.30% bagi dividen konvensional dan syariah. Tahun 2025 dilihat akan mengulangi prestasi positif tersebut – susulan ramalan agihan dividen sekitar 6.30% hingga 6.50%. 

Jangkaan ini menurut notis Bank Muamalat Malaysia pada laporan didasari akan prestasi KWSP sepanjang tempoh 9 bulan tahun 2025. Di mana pada tempoh tersebut KWSP merekodkan perkembangan yang positif dengan memiliki seramai 16.52 juta ahli pencarum bersama kutipan pendapatan pelaburan mencapai RM63.99 bilion.

Prestasi itu untuk makluman alami lonjakan 11% berbanding RM57.57 bilion yang dicapai pada 2024.