Untuk memastikan lebih ramai kumpulan bankrap menamatkan status mereka, kerajaan Malaysia kini perkenalkan Dasar Peluang Kedua Fast Track bagi mempercepatkan proses penamatan status muflis ke atas 4 golongan kumpulan bankrap di pasaran semasa.
Empat kumpulan yang terlibat merangkumi kategori ibu atau bapa tunggal, usahawan pinjaman mikro, mangsa penipuan kewangan dan peminjam perumahan bagi projek perumahan terbengkalai. Melalui dasar ini, semua pihak berkaitan boleh laksana permohonan secara atas talian dan proses tersebut dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh 36 hari.
Dengan sasaran kumpulan ini, ia sekali gus memberi peluang kepada kepada mereka untuk membina semula aliran kewangan di masa hadapan tanpa terikat dengan beban kewangan lampau.