Seperti yang diumumkan pada Oktober 2025 lalu, Melaka kini mulakan fasa rintis mengemaskini data pada sistem kubur digital di negeri.
Fasa ini menurut Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka adalah bertujuan melengkapkan maklumat terperinci yang kelak boleh diakses oleh waris pada masa hadapan.
Setakat ini sekitar 556 lot tanah perkuburan di seluruh Melaka telah dikenalpasti dan di bawah fasa pertama sistem ini, terdapat 4 kawasan tanah perkuburan di Masjid Tanah telah terlibat. Sementara di Kampung Krubong pula dijadikan projek rintis sebelum diperluas kepada kawasan lain.
Sebagai perincian sistem kubur digital ini mewujudkan pangkalan data merangkumi lokasi, butiran maklumat si mati serta waris bagi memudahkan proses pencarian tanah kubur kelak. Malah sistem ini turut akan diintegrasikan pada Melaka Super App bagi memudahkan akses penduduk negeri di masa hadapan.