Artikel

KTMB Tawar Diskaun 20% Untuk Pembelian Tiket Perjalanan ETS Sehingga 22 Februari 2026

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini hadir dengan promosi khusus bersempena Tahun Baru Cina dan Awal Ramadan, iaitu diskaun 20% untuk pembelian sejumlah perjalanan terpilih menggunakan ETS. Diskaun ini ditawarkan melalui aplikasi KITS Style atau laman rasmi KTMB, dan pengguna perlu memasukkan kod promo khas dalam menikmatinya.

Sebanyak 5000 kod promosi ditawarkan mengikut perjalanan, dan dua variasi kod yang ditawarkan adalah ETSANGPOW20 dan ONGTRAIN20.

Dengan penawaran ini, ia dijangka akan dapat membantu pengguna dalam lebih berjimat untuk perjalanan sepanjang musim perayaan ini. Ini juga dijangka akan dapat membantu dalam mengurangkan kesesakan lebuhraya, selain memastikan perjalanan lebih lancar.