Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis – Kerajaan Perlis hari ini mengumumkan waktu bekerja Penjawat Awam di Negeri Perlis pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun 1447H adalah bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
Langkah itu sekali gus memberi ruang masa yang lebih fleksibel khususnya buat petugas beragama Islam dalam menguruskan peranan perkhidmatan mereka dan ibadah puasa bersama keluarga.
Selain pengumuman itu, Perlis turut mengumumkanĀ 1 Ramadan 1447H adalah sebagai hari Cuti Peristiwa bagi seluruh Negeri Perlis.
Pengumuman tersebut ini bermakna sekiranya 1 Ramadan ditetapkan pada 18 Februari 2026 iaitu Hari Kelepasan Am sempena Tahun Baru Cina maka cuti peristiwa akan dibawa kepada hari berikutnya. Manakala jika 1 Ramadan jatuh pada 19 Februari maka hari tersebut akan disytiharkan sebagai cuti peristiwa.