Setelah dua tahun kekal di kedudukan yang sama, tahun 2025 memperlihatkan Malaysia kini memaparkan prestasi yang positif apabila berada di kedudukan ke-54 daripada 182 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) berbanding kedudukan ke-57 sebelumnya.
Prestasi semasa menunjukkan Malaysia merekodkan skor 52 mata iaitu meningkat berbanding 50 mata pada tahun 2023 dan 2024. Melalui prestasi ini, secara jelas menunjukkan komitmen Malaysia dalam menjadi kelompok 25 negara teratas memerangi rasuah berpotensi direalisasikan menjelang tahun 2033 kelak.
Jelas Transparency International (TI), negara perlu meraih sekurangnya skor 68 sehingga 70 mata untuk merealisasikan kedudukan tersebut berbanding skor semasa. Ini bermakna biarpun tahap kemajuan negara dalam mengurangkan isu rasuah semakin bertambahbaik, namun masih terdapat kelompongan perlu diperbaiki secara berkala.
Buat pengetahuan umum CPI menilai 182 buah negara berdasarkan tahap persepsi rasuah sektor awam mennggunakan skala 0 (sangat rasuah) hingga 100 (sangat bersih).
Berdasarkan kedudukan semasa mengikut taburan Asia Tenggara, selain Malaysia negara Singapura dilihat kekal memaparkan prestasi yang positif pada kedudukan ke-3 dan Brunei (31) sementara negara jiran lain masih berdepan isu rasuah yang kritikal. Antara kedudukannya adalah Vietnam (81), Indonesia (109), Thailand (116) dan Filipina (120).