Artikel

UniKL Disasar Untuk Disenaraikan Di Bursa Malaysia Dalam Tempoh Tiga Tahun

Dibawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035, kerajaan sedia melakukan sejumlah perancangan dalam terus memperkembangkan ekonomi Bumiputera. Antaranya adalah termasuk melakukan penyenaraian untuk sejumlah syarikat di Bursa Malaysia.

Terbaru, MARA menyasarkan untuk menyenaraikan institusi pendidikan dibawah mereka, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Selain UniKL, satu lagi institusi dibawah MARA< Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) turut disasarkan disenaraikan sama di Bursa Malaysia. Kedua-dua institusi pengajian berkenaan turut dikatakan meraih rekod kewangan yang memberangsangkan, dan sesuai dengan prasyarat utama penyenaraian ke Bursa Malaysia. Selain institusi pendidikan, ia turut dikongsikan UniKlinik, UniFarmasi dan UniKlinik Pergigian akan disatukan menjadi satu entiti, dan turut disenaraikan sama di Bursa Malaysia dalam sekitar tiga tahun lagi. Dibawah pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera, beberapa syarikat lain turut disasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia, termasuk Bateriku.