Seiring dengan jangkaan kadar permintaan meningkat ketika tempoh perayaan, Malaysia Aviation Group (MAG) kini memaklumkan pihaknya meningkatkan kapasiti penerbangan domestik dengan lebih 2,700 penerbangan buat penduduk negara bersempena musim Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri 2026.
Perluasan ini bagi menjamin keselesaan buat pengguna dan pilihan fleksibiliti perjalanan sepanjang musim tersebut.
Sebagai perincian, Malaysia Airlines akan mengendalikan sehingga 1,557 penerbangan sementara Firefly pula sehingga 1,176 penerbangan melibatkan laluan utama antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak.
Menerusi komitmen itu, kedua syarikat turut menawarkan tambang tetap bagi laluan utama ke Malaysia Timur, yang mana pengguna ke Sabah dan Sarawak boleh memanfaatkan harga tetap ini bermula sekaranh sehingga 29 Mac 2026 untuk perjalanan antara 17-29 Mac 2026. Ini penawarannya:
- Malaysia Airlines RM339 (Sarawak dan Sabah)
- Firefly RM298 (Sarawak) dan RM348 (Sabah)
