Setelah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sabah – tidak lama lagi negeri Perak pula akan menjadi negeri terbaru yang melaksanakan perintah larangan beg plastik jinjit sekali guna di premis tetap mulai 1 Mac 2026.
Dengan penguatkuasaan tersebut, ini bermakna peniaga turut tidak boleh mengenakan caj RM0.20 sen untuk pembelian beg plastik kepada pengguna.
Makluman Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada notis Parlimen ini, menjelaskan inisiatif itu adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik Pelestarian Plastik di Malaysia menjelang 2030.
Secara asasnya di bawah mesyuarat negeri melibatkan kementerian Alam Sekitar – kesemua pihak telahpun bersetuju untuk melaksanakan larangan beg plastik jinjit sekali guna mulai 1 Januari 2026. Namun pelaksanaan larangan ini kekal tertakluk di bawah penerimaan dan kaedah pelaksanaan yang disesuaikan mengikut setiap negeri.
Perintah larangan ini dijelaskan adalah strategi tambahan selain pelaksanaan caj pencemaran ke atas permintaan beg plastik jinit di premis tetap. Berlandaskan komitmen itu, Perak akan menjadi negeri terbaru yang melaksanakan perintah larangan tersebut.