Tahun 2025 memperlihatkan prestasi Khazanah Nasional melonjak dengan merekodkan keuntungan operasi sebanyak RM5.6 bilion, lebih tinggi berbanding RM5.1 bilion pada 2024.
Pihak pengurusan menjelaskan pada sidang Ulasan Tahunan Khazanah hari ini bahawa disiplin pelaburan yang ketat, disusuli dengan kedudukan ringgit yang positif, telah menyumbang kepada perkembangan prestasi tersebut.
Selain itu, aset bersih Khazanah turut mencatatkan peningkatan kepada RM105 bilion dengan pulangan sebanyak 5.2%. Dengan prestasi ini, Khazanah mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM2 bilion kepada kerajaan bagi mengukuhkan peranan kumpulan dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.