Artikel

MILO Pacu Sokongan Nutrisi – Sedia Set Sarapan Berkhasiat Buat 8,000 Murid B40

Seramai 8,000 murid daripada keluarga berpendapatan rendah di 200 buah sekolah seluruh Malaysia bakal menerima set sarapan berkhasiat menerusi inisiatif Projek Sarapan untuk Murid Sekolah negara bersama MILO.

Sebagai perincian, sebanyak 40,000 set sarapan seimbang telah dipilih daripada menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) KPM bersama MILO.

Inisiatif lanjutan ini untuk makluman telahpun dimulakan sejak 2021 lagi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyokong pengambilan nutrisi kalangan murid sekolah ketika waktu pagi. Usaha ini sekaligus meningkatkan lagi zat makanan mereka dan fokus pembelajaran secara berkala.