Seperti yang umum sedari, bermula tahun ini – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memulakan tindakan menyekat perjalanan peminjam yang culas melunaskan tunggakan pinjaman pendidikan mereka. Namun tindakan itu dijelaskan hanya dikenakan terhadap peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang mencukupi culas untuk membuat bayaran balik.
Penjelasan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada sidang Parlimen hari ini, memperincikan tindakan itu tidak akan dikenakan ke ata peminjam yang baru sahaja menamatkan pengajian atau kumpulan peminjam yang tidak memiliki pendapatan mencukupi.
Setakat ini sekitar 0.7% daripada jumlah peminjam PTPTN yang culas disenaraikan pada tindakan sekatan perjalanan tersebut.
Dan buat graduan yang baru – PTPTN kekal memberi tempoh penangguhan bayaran balik selama 12 bula selepas tamat pengajian, bagi memberi ruang kepada graduan mendapatan pekerjaan dan pendapatan stabil dahulu. Secara menyeluruh ketika ini PTPTN telahpun mengeluarkan sekitar RM77.5 bilion pinjaman untuk membantu lebih 4.26 juta pelajar di seluruh Malaysia.