ShopeePay hari ini mengumumkan perluasan akses perlindungan buat pengguna Malaysia, untuk tangani isu penipuan kewangan yang dilihat semakin rancak pada pasaran semasa bersama Zurich Wallet Protection.
Perlindungan kewangan serendah RM1.40 sebulan ini dijelaskan tidak hanya melindungi pengguna pada transaksi melalui ShopeePay malah merangkumi semua akaun bank, dompet digital, pembayaran kad lain serta risiko melibatkan pemindahan tidak sah, transaksi tanpa kebenaran, kerugian, penyalahgunaan kad, dan penipuan beli-belah atas talian.
Jelas ShopeePay, untuk pelan asas – pengguna berupaya menuntut had tuntut sehingga RM6,000 setahun bagi pemindahan tanpa kebenaran, kad dicuri RM200 dan penipuan beli-belah atas talian RM200. Sementara pelan VIP dengan RM4.90 sebulan pula memboleh pengguna meraih tuntutan sehingga RM20,000 setahun, kad dicuri RM1,000 dan penipuan atas talian RM1,000.
Dengan penawaran ini, ia sekali gus meningkatkan lapisan keselamatan bersama pengguna Shopee secara berkala dan ke arah menggalakkan pengguna lebih peka akan kepentingan akses ini – ShopeePay dan Zurich mengumumkan penawaran pelan asas percuma untuk bulan pertama. Di mana akses ini membolehkan pengguna menikmati Zurich Wallet Protection tanpa sebarang kos.