Shell Malaysia menyambut ulang tahun ke-135 tahun ini dengan melancarkan kempen bertemakan Mencetus Potensi Sejati. Bersempena detik bersejarah ini, Shell komited untuk terus menghargai pelanggan menerusi ganjaran bernilai keseluruhan RM1.35 juta dalam peraduan peringkat nasional.
Inisiatif ini direka khas untuk memperkaya perjalanan harian rakyat Malaysia, sekali gus mengukuhkan hubungan erat yang telah terbina selama lebih satu abad.
Daripada permulaan sederhana sebagai pedagang minyak tanah, Shell kini berevolusi menjadi penyedia penyelesaian mobiliti yang komprehensif. Syarikat ini terus menerajui inovasi menerusi Shell FuelSave untuk perjalanan lebih jauh dan Shell V-Power yang menawarkan prestasi bertaraf perlumbaan hasil kerjasama dengan Scuderia Ferrari HP. Selain itu, Shell menyokong masa hadapan hijau melalui rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) berprestasi tinggi, Shell Recharge, serta mengekalkan reputasinya sebagai Pembekal Pelincir Global No.1 dunia selama 19 tahun berturut-turut.
Lebih menarik, dengan pengukuhan selama 135 tahun di Malaysia, Shell turut optimis untuk memacu sokongan digital pada perkhidmatannya dengan ketika ini sedang menambahbaik Shell App menerusi integrasi ciri Shell Recharge buat kemudahan pengguna EV.
Tidak hanya itu, pengalaman di stesen Shell juga dinaik-taraf melalui Shell Select dan Shell Café, yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa sibuk. Pelanggan kini boleh menikmati kopi gaya barista, pastri segar, serta pelbagai barangan keperluan harian. Lebih menarik bersempena ulang tahun ini, Shell Select memperkenalkan rangkaian tawaran nilai terbaik dan melancarkan kempen Shell Select Ganjaran water2go Berjuta yang menawarkan pengalaman buka & menang yang menarik dari 16 Mac hingga 10 Mei 2026.