Artikel

Bantuan SARA RM100 Boleh Digunakan Untuk Beli Barangan Keperluan Asas Bermula Hari Ini

Bermula hari ini, 9 Februari 2026, 22 juta rakyat Malaysia mula menerima bantuan manfaat SARA RM100, yang boleh digunakan untuk pembelian pelbagai barangan keperluan asas. Ini adalah kali kedua kerajaan berikan bantuan SARA RM100, selepas memulakan inisiatif ini pada 2025 yang lepas.

SARA RM100 ini diberikan melalui MyKad, dimana pengguna boleh menyemak baki penggunaan melalui laman Sara.gov.my. Bantuan ini diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Anda boleh menyemak senarai kedai yang boleh menggunakan kredit SARA RM100 ini, termasuk barangan yang tersenarai dibawah inisiatif ini melalui laman rasmi Sara.