Bermula hari ini, 9 Februari 2026, perkhidmatan awam akan mula laksanakan pendekatan tanpa kertas untuk urusan-urusan mudah. Langkah ini dilihat selaras dengan usaha pendigitalan pentadbiran kerajaan, selain mengurangkan penggunaan kertas. Langkah ini juga secara tidak langsung dijangka meningkatkan kecekapan dalam urusan, disamping menjimatkan kos operasi.
Selain itu, sebelum ini Perdana Menteri turut telah meminta jabatan kerajaan dalam mempercepatkan urusan dan menjimatkan masa melalui penggunaan kecerdasan buatan untuk draf awal bagi menjawab surat rasmi, sebelum menambah input peribadi dalam membetulkan atau membaikinya.
Pelbagai kaedah ini dilaksanakan dalam menjadikan perkhidmatan awam lebih efisien dalam operasi, dan pada masa yang sama memberi kesan dalam kesejahteraan rakyat.